381 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 18 Mac – Arab Saudi merekodkan 381 kes positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif 383,880. Menurut Kementerian Kesihatan, enam lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 6,591 kematian. Sebanyak 240 kes sembuh dilaporkan dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 373,601. Riyadh merekodkan kes positif harian tertinggi dengan 157 kes diikuti Makkah 74 dan daerah Timur 58. Kes aktif pula sebanyak 3,688 di mana 564 dalam keadaan kritikal.

Read More

Indonesia positif 6,570, sembuh 6,285

JAKARTA 18 Mac – Jumlah kes positif Covid-19 dan sembuh hampir seimbang apabila kes jangkitan merekodkan 6,570 manakala kes sembuh pula 6,285. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif 1,443,853 manakala kes sembuh pula meningkat kepada 1,272,958. Lima wilayah merekodkan kes positif harian tertinggi iaitu Jakarta yang merekodkan 1,719 kes dengan kumulatifnya 365,419, Jawa Barat 1,261 ( 237,251), Jawa Tengah 658 (163,460), Jawa Timur 339 (135,803) dan Kalimantan Timur 328 (60,868). Jawa Barat pula merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu 1,170 dan kumulatifnya 205,366, Jakarta 1,168 (352,787), Jawa Tengah 889 (117,591), Banten…

Read More

15 kes import di Singapura

SINGAPURA 18 Mac – Singapura melaporkan 15 kes baharu Covid-19, kesemuanya kes import dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 60,152 dengan 30 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, tiga kes melibatkan penduduk tetap Singapura yang pulang dari India dan Malaysia, sembilan pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India dan Malaysia – termasuk seorang pembantu rumah asing. Dua lagi tiba dari Indonesia – seorang pemegang pas lawatan jangka panjang dan seorang pemegang pas lawatan jangka pendek atas urusan projek kerja dan satu kes lagi adalah pemegang pas kerja yang tiba dari…

Read More

Setahun PKP, belajar menghargai ‘nikmat yang hilang’

GENAP setahun rakyat Malaysia mengenali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik Covid-19. Menyelak kembali episod PKP ini, tentunya masih ramai yang ingat bagaimana PKP bermula dalam kehidupan rakyat Malaysia. Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin muncul di televisyen pada 16 Mac 2020 ketika negara merekodkan 553 kes dan mengumumkan “kita semua perlu duduk di rumah selama dua minggu,” mulai 18 hingga 31 Mac 2020. Semua aktiviti kehidupan normal dihentikan mulai tarikh itu. Pejabat, sekolah, universiti, kilang, perniagaan, masjid, pelancongan dan pelbagai lagi ditutup. Panik seketika. Ada pula yang balik kampung…

Read More

Pertemuan dengan Anwar Isnin

PETALING JAYA 18 Mac – Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang di Parlimen pada 22 Mac ini. Pertemuan ini akan menyaksikan pembentangan serta perbincangan berkenaan isu vaksin, ekonomi, isu-isu semasa serta menegaskan bahawasanya Parlimen boleh dan perlu bersidang tatkala darurat berkuatkuasa. Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat berkala Majlis Presiden PH hari ini, Ahli-Ahli Parlimen PH juga akan hadir ke taklimat berkenaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan oleh Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi  Khairy Jamaluddin pada hari yang sama. Di samping itu, satu…

Read More

Rentas negeri masih dilarang

KUALA LUMPUR 18 Mac – Larangan rentas negeri masih kekal sehingga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpuas hati dengan penurunan kes Covid-19, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Katanya, keputusan rentas negeri bergantung kepada penilaian yang dilakukan oleh KKM. “Saya difahamkan berdasarkan penilaian, kes akan menurun kepada 500 kes pada bulan Mei kalau kita patuh pada prosedur operasi standard (SOP). Mungkin selepas itu KKM akan membuat penilaian risiko dan akan menasihati kita. “Mana-mana yang nak balik kampung Hari Raya ini, sama-samalah berdoa,” katanya pada sidang akhbar di sini.. Ismail Sabri menjelaskan,…

Read More

Sembilan kluster baharu, 428 aktif

PUTRAJAYA 18 Mac – Jumlah kluster kini meningkat menjadi 1,276, termasuk sembilan kluster baharu hari ini yang melibatkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti, dan satu kluster yang melibatkan pusat tahanan. Daripada jumlah itu, 848 telah tamat termasuk 10 hari ini dan ini bermakna 428 kluster masih aktif. Sepuluh kluster tamat hari ini adalah Kluster Kampung Jawek, Kluster Jalan Usaha Satu, Kluster Jalan Seelong, Kluster Jalan Gemilang Lima, Kluster Kampung Tandak, Kluster Gong Nering, Kluster Taman Mahkota Impian, Kluster Matambai, Kluster Kejuruteraan Subang Baru, dan Kluster Tapak Bina Jalan…

Read More

Selangor mendahului dengan kes turun

PUTRAJAYA 18 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi berbanding negeri lain dengan merekodkan 353 kes (29.1 peratus), yang juga menunjukkan penurunan berbanding 499 semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 272 kes (77.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 303 kes (25.0 peratus) dan Johor sebanyak 142 kes (11.7 peratus). 499 Selangor: 353 kes  83 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Persiaran Sunsuria, dan Kluster Tapak Bina Persiaran Setia;…

Read More

1,213 kes baharu, enam import

PUTRAJAYA 18 Mac – Kementerian Kesihatan merekodkan 1,213 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif 328,466 dengan 14,782 kes aktif. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,207 adalah kes tempatan melibatkan 866 warganegara dan 341 bukan warganegara. Enam lagi kes import melibatkan seorang warganegara dan lima bukan warganegara. Sebanyak 142 kes (11.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Depot Imigresen Semuja (99 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (32 kes), Kluster Tembok Mempaga…

Read More

5,290 kes baharu di Filipina

MANILA 18 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 5,290 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 640,984 dengan kes aktif 66,567. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan 21 lagi pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah kumulatif 12,887 kematian. Pada masa yang sama,  sebanyak 439 pesakit dilaporkan pulih dan jumlah kes sembuh kini meningkat kepada 561,530 orang atau 87.6 peratus.

Read More