Pertemuan dengan Anwar Isnin

PETALING JAYA 18 Mac – Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang di Parlimen pada 22 Mac ini.

Pertemuan ini akan menyaksikan pembentangan serta perbincangan berkenaan isu vaksin, ekonomi, isu-isu semasa serta menegaskan bahawasanya Parlimen boleh dan perlu bersidang tatkala darurat berkuatkuasa.

Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat berkala Majlis Presiden PH hari ini,

Ahli-Ahli Parlimen PH juga akan hadir ke taklimat berkenaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan oleh Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi  Khairy Jamaluddin pada hari yang sama.

Di samping itu, satu pertemuan tertutup bersama wakil-wakil kedutaan asing juga akan diadakan pada  24 Mac ini.

Majlis Presiden PH juga mengumumkan pelantikan Chong Eng dari DAP sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan.

Hadir pada mesyuarat iti termasuklah Anwar Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat), Mohamad Sabu (Parti Amanah Negara) dan Lim Guan Eng (Parti Tindakan Demokratik).

Related posts

Leave a Comment