Indonesia positif 6,570, sembuh 6,285

JAKARTA 18 Mac – Jumlah kes positif Covid-19 dan sembuh hampir seimbang apabila kes jangkitan merekodkan 6,570 manakala kes sembuh pula 6,285.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif 1,443,853 manakala kes sembuh pula meningkat kepada 1,272,958.

Lima wilayah merekodkan kes positif harian tertinggi iaitu Jakarta yang merekodkan 1,719 kes dengan kumulatifnya 365,419, Jawa Barat 1,261 ( 237,251), Jawa Tengah 658 (163,460), Jawa Timur 339 (135,803) dan Kalimantan Timur 328 (60,868).

Jawa Barat pula merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu 1,170 dan kumulatifnya 205,366, Jakarta 1,168 (352,787), Jawa Tengah 889 (117,591), Banten 605 (26,768) dan Kalimantan Timur 390 (54,458).

Bagi pesakit  meninggal dunia pula, sebanyak 227 kematian dilaporkan dengan jumlah kumulatifnya mencapai 39,142.

Jawa Tengah merekodkan 65 kes dengan kumulatifnya 7,072, Jawa Barat 44 (2,855), Jawa Timur 29 (9,578), Jakarta 23 (6,141) dan Kalimantan Timur 11 (1,426).

Program vaksinasi Covid-19 pula, setakat ini jumlah penerimanya meningkat menjadi 4,838,752 selepas 133,504 lagi mendapat suntikan. Penerima vaksin kedua pula seramai 1,948,531.

Related posts

Leave a Comment