5,290 kes baharu di Filipina

MANILA 18 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 5,290 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 640,984 dengan kes aktif 66,567.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan 21 lagi pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah kumulatif 12,887 kematian.

Pada masa yang sama,  sebanyak 439 pesakit dilaporkan pulih dan jumlah kes sembuh kini meningkat kepada 561,530 orang atau 87.6 peratus.

Related posts

Leave a Comment