Sembilan kluster baharu, 428 aktif

PUTRAJAYA 18 Mac – Jumlah kluster kini meningkat menjadi 1,276, termasuk sembilan kluster baharu hari ini yang melibatkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti, dan satu kluster yang melibatkan pusat tahanan.

Daripada jumlah itu, 848 telah tamat termasuk 10 hari ini dan ini bermakna 428 kluster masih aktif.

Sepuluh kluster tamat hari ini adalah Kluster Kampung Jawek, Kluster Jalan Usaha Satu, Kluster Jalan Seelong, Kluster Jalan Gemilang Lima, Kluster Kampung Tandak, Kluster Gong Nering, Kluster Taman Mahkota Impian, Kluster Matambai, Kluster Kejuruteraan Subang Baru, dan Kluster Tapak Bina Jalan Valdor.

Sebanyak 66 kluster merekodkan pertambahan kes baharu dan antara yang tertinggi adalah Kluster Depot Imigresen Semuja (99 kes), Kluster Jalan Wawasan Sembilan (47 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (32 kes).

Kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah:

  • KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN SETIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 17 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan di Persiaran Setia Alam, Shah Alam. Sehingga 18 Mac, sejumlah 100 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN SUNSURIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan yang terletak di Persiaran Sunsuria, Sepang. Sehingga 18 Mac, sejumlah 410 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN WAWASAN SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat dan Kluang di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 12 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 9, Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat. Sehingga 18 Mac, sejumlah 568 individu disaring, di mana 50 kes dikesan positif.

  • KLUSTER MELAMAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sipitang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-323017) dilaporkan positif Covid-19 pada 14 Mac 2021 hasil saringan sebelum masuk wad. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kampung Melamam, Sipitang. Sehingga 18 Mac, sejumlah 164 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN ASUHAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kerian di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-325907) dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak berhampiran Jalan Asuhan, Parit Buntar, Kerian. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 100 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SUNGAI ATAP

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-311661) dilaporkan positif Covid-19 pada 6 Mac 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Sungai Atap, Bintangor, Meradong. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 148 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG PADANG TEMBAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-314256) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Mac 2021 hasil saringan sebelum merentas negeri. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Padang Tembak, Keningau. Sehingga 18 Mac, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BUNGA TANJUNG BENDAHARA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Setar dan Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-324886) dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar. Sehingga 18 Mac, sejumlah 46 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER DEPOT IMIGRESEN SEMUJA

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Serian di Sarawak. Kluster ini melibatkan tahanan-tahanan yang dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan bersasar di Depot Imigresen Semuja, Serian. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 584  individu telah disaring, di mana 99 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment