Selangor mendahului dengan kes turun

PUTRAJAYA 18 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi berbanding negeri lain dengan merekodkan 353 kes (29.1 peratus), yang juga menunjukkan penurunan berbanding 499 semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 272 kes (77.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 303 kes (25.0 peratus) dan Johor sebanyak 142 kes (11.7 peratus). 499

  • Selangor: 353 kes 
    • 83 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Persiaran Sunsuria, dan Kluster Tapak Bina Persiaran Setia;
    • 189 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua kes import dari luar negara; dan
    • 79 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 303 kes
    • 123 kes daripada kluster-kluster, termasuk 108 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sungai Atap dan Kluster Depot Imigresen Semuja;
    • 153 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 27 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 142 kes  
    • 64 kes daripada kluster-kluster, termasuk 47 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Wawasan Sembilan;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 104 kes 
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 79 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 79 kes  
    • Tiga kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Empat kes import dari luar negara; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment