Pembasmian kuman di Masjidilharam

MAKKAH – Ketika pandemik Covid-19 ini, agensi yang mengendalikan urusan teknikal dan perkhidmatan di dua masjid suci menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Masjidilharam menggunakan teknik pensterilan dan pembasmian kuman terkini.

Menurut agensi media Saudi, (SPA) agensi itu menggunakan alat dan teknik moden untuk menjaga kualiti marmar, membuang sisa habuk, menjaga kebersihan Kaabah dan Masjidilharam dalam jangka waktu yang tidak melebihi 20 minit melalui pasukan teknikal khas.

Tugas-tugas ini adalah misi berkala yang dilaksanakan menurut jadual waktu yang tetap dengan penggunaan teknik pembersihan moden.

Antara kerja pembersihan dan membasmi kuman yang dilakukan meliputi kerja-kerja membersih bahagian bumbung Kaabah, Hijir Ismail, Multazam, Maqam Ibrahim, kelambu Kaabah, Hajar Aswad, dan Rukun Yamani.

Related posts

Leave a Comment