Lima kluster baharu

PUTRAJAYA 16 Mac – Lima kluster baharu iaitu tiga kluster komuniti dan dua tempat kerja direkodkan menjadikan jumlah kluster kini 1,255 tetapi hanya 428 masih aktif manakala 827 kluster termasuk lapan hari ini telah tamat.

Lapan kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Jalan Day, Kluster Package Pengerang, Kluster Permata Satu, Kluster Lasah, Kluster Jalan Sepanggar, Kluster Jalan Padi Mahsuri, Kluster Putra Tujuh, dan Kluster Kampung Parit Masjid.

Sebanyak 55 kluster merekodkan pertambahan kes termasuk Kluster Medan Bayan Lepas (58 kes), Kluster Jalan Nusa Mega (28 kes), dan Kluster Kemuning Enam (28 kes).

Lima kluster baharu adalah

  • KLUSTER JALAN KAMPUNG HILIR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-320720) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Jalan Kampung Hilir, Sibu. Sehingga 16 Mac 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif.

  • KLUSTER NANGA BULO

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Julau di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-316155) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Nanga Bulo, Julau. Sehingga 16 Mac, sejumlah 160 individu telah disaring, di mana 34 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BANGGOL CHICHA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pasir Mas, Kota Bharu, dan Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-322319) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan masuk wad. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Banggol Chicha, Pasir Mas. Sehingga 16 Mac , sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SANYAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-307621) dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Sanyan, Sibu. Sehingga 16 Mac, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana kesemuanya dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TAIPING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong, Cheras, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-317235) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak berhampiran Jalan Taiping, Titiwangsa. Sehingga 16 Mac, sejumlah 137 individu telah disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment