Arab Saudi catat 354 kes harian

RIYADH 16 Mac – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi hari ini melepasi 350 kes apabila Kementerian Kesihatan merekodkan 354 kes dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 383,106 dengan kes aktif 3,398 di mana 560 dalam keadaan kritikal. Pada masa yang sama, sebanyak lima lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 6,578 Kes pesakit sembuh pula merekodkan 204 kes dengan membawa jumlah keseluruhan pesakit yang bebas daripada Covid-19 sebanyak 373,130. Wilayah Riyadh terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 137 kes diikuti Makkah 71…

Read More

Status PKPB dan PKPP

KUALA LUMPUR 16 Mac – Status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 19 sehingga 31 Mac ini. Bagaimanapun berkata, status PKPB di Kuala Muda dan Kulim, Kedah serta Seremban di Negeri Sembilan masih kekal kerana masih ada kluster aktif dan zon merah di lokaliti berkenaan. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, zon merah di Perak juga berkurangan, zon hijau bertambah menjadi 46 daripada 78 mukim selain penurunan kes mendadak dengan peratus zon hijau 67.2 peratus.…

Read More

Kes meningkat, Filipina kawal pelawat

MANILA 16 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 4,437 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini, satu jumlah yang kurang daripada 5,404 kes, catatan harian tertinggi semalam Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 631,320 dengan kes aktif sebanyak 57,736. DoH juga merekodkan 11 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 12,848 kematian. Sebanyak 166 kes dilaporkan pulih yang membawa kepada 560,736 orang sembuh atau 88.8 peratus. Sementara itu, berikutan peningkatan kes, Filipina mengehadkan kemasukan pelawat melalui Lapangan Terbang Antarabangsa kepada 1,500 penumpang sehari mulai 18 Mac…

Read More

Thailand catat 149 kes baharu

BANGKOK 16 Mac  – Thailand hari ini merekodkan 149 kes jangkitan baharu Covid-19 termasuk 100 kes di Bangkok dengan sifar kematian menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu setakat ini 27,154 kes dan 87 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 123 dikesan melalui pengesanan kes aktif, 21 merupakan individu yang mendapatkan rawatan di hospital manakala lima adalah kes import.  Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) pula berkata kluster baharu Covid-19 yang mempunyai kaitan dengan pasar di pinggir Bangkok telah mencatat 224 kes setakat ini. Ia berkata enam pasar di daerah Bang Khae…

Read More

Lima kluster baharu

PUTRAJAYA 16 Mac – Lima kluster baharu iaitu tiga kluster komuniti dan dua tempat kerja direkodkan menjadikan jumlah kluster kini 1,255 tetapi hanya 428 masih aktif manakala 827 kluster termasuk lapan hari ini telah tamat. Lapan kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Jalan Day, Kluster Package Pengerang, Kluster Permata Satu, Kluster Lasah, Kluster Jalan Sepanggar, Kluster Jalan Padi Mahsuri, Kluster Putra Tujuh, dan Kluster Kampung Parit Masjid. Sebanyak 55 kluster merekodkan pertambahan kes termasuk Kluster Medan Bayan Lepas (58 kes), Kluster Jalan Nusa Mega (28 kes), dan Kluster…

Read More

Selangor dahului dengan angka turun

PUTRAJAYA 16 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 323 kes (30.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 284 kes (88.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 183 kes (17.2 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 175 kes (16.5 peratus). Selangor: 323 kes  60 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 224 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan 39 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Sarawak: 183 kes 57 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada…

Read More

1,063 kes baharu terendah

PUTRAJAYA 16 Mac – Malaysia merekodkan kes baharu terendah untuk tahun ini iaitu 1,063 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 326,034 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ialah sebanyak 15,204 kes. Sebanyak lapan kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes),  Kluster Penjara Jalan Harapan (1 kes), dan Kluster Jalan Awang…

Read More

Tarawih, bazar Ramadan dibenarkan

KUALA LUMPUR 16 Mac – Solat sunat Tarawih berjemaah di masjid dan surau, operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri akan dibenarkan di seluruh negara sepanjang Ramadan ini, kata Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, paling penting prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dan akan ditentukan pihak berkuasa agama negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  negeri masing-masing. Katanya,apa yang penting adalah SOP perlu dipatuhi sepenuhnya, antaranya seperti lokasi bazar di kawasan terbuka, menyediakan laluan sehala, pintu masuk dan keluar berbeza, pendaftaran MySejahtera di pintu masuk serta kawalan jumlah pengunjung. Selain itu waktu operasi bazar…

Read More

Indonesia tangguh guna AstraZeneca

JAKARTA 16 Mac – Indonesia menangguhkan sementara cadangan menggunakan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca berikutan terdapat laporan vaksin itu menyebabkan berlakunya risiko pembekuan darah. Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin ketika bercakap di Parlimen Indonesia seperti dipetik media tempatan berkata, Indonesia kini menunggu laporan lengkap berhubung laporan itu daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Langkah itu dilakukan selepas Ireland dan Belanda yang turut menangguhkan penggunaan vaksin keluaran AstraZeneca itu. Indonesia sebelum ini dijadualkan menerima 1.1 juta dos vaksin AstraZeneca akhir Mac ini, manakala 10 juta lagi dos dijangka diterima pada akhir April.…

Read More

Sultan Selangor dukacita

SHAH ALAM 16 Mac – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan sikap dan tingkah laku segelintir individu umat Islam khususnya di Selangor yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata, yang boleh menjejaskan akidah dan keislaman mereka. Baginda bertitah apa-apa juga iktikad (pernyataan dalam hati) atau percakapan atau perbuatan oleh mana-mana orang Islam yang berhasrat untuk keluar dari agama Islam, dikhuatiri boleh membawa kepada tergelincirnya akidah dan menyebabkan terkeluarnya seseorang itu dari agama Islam. “Asas kepada kepercayaan umat Islam adalah mengakui akan keesaan Allah SWT dengan mengucap kalimah…

Read More