Selangor dahului dengan angka turun

PUTRAJAYA 16 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 323 kes (30.4 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 284 kes (88.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 183 kes (17.2 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 175 kes (16.5 peratus).

  • Selangor: 323 kes 
    • 60 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 224 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 39 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 183 kes
    • 57 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kampung Hilir, Kluster Nanga Bulo, dan Kluster Jalan Sanyan;
    • 102 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 175 kes 
    • 69 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 83 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 91 kes  
    • 54 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment