Hampir 117 juta, 2.6 juta maut

HAMPIR 117 juta orang di seluruh dunia dijangkiti Covid-19 manakala jumlah kematian pula menghampiri 2.6 juta orang setakat pukul 9 pagi ini waktu Malaysia.

Menurut data Johns Hopkins University, daripada 116,810,913 kes, Amerika Syarikat mendahului dengan 28,988,762 dan 524,979 daripada 2,592,688 kematian global.

India dan Brazil mencatatkan 11 juta kes di mana India mendahului dengan 11,210,799 dan Brazil 11,019,344.

Russia pula mencatatkan 4,274,263, United Kingdom 4,231,166, Perancis 3,964,078, Sepanyol 3,149,012 Itali 3,067,486, Turki 2,780,417, Jerman 2,508,655, Colombia 2,276,656, Agentina 2,149,636 dan Mexico 2,125,866 

INDONESIA, anggota ASEAN berada dalam kelompok satu juta kes didahului Poland 1,794,914, Iran 1,689,692, Afrika Selatan 1,521,068, Ukraine 1,449,741, Indonesia 1,379,662, Peru 1,364,964, Czechia 1,321,331 dan Netherlands 1,135,241.

Melebihi setengah juta kes adalah Kanada 891,899, Chile 855,785, Romania 828,283, Portugal 810,094, Israel 801,575, Belgium 785,809, Iraq 726,548, Sweden 684,961, FILIPINA 594,412, Pakistan 590,508, Switzerland 562,290 dan Bangladesh 550,330.

Tujuh negara merekodkan lebih 400,000 kes iaitu Morocco 486,223, Serbia 485,439,  Austria 475,070, Hungary 466,017, Jepun 439,341, Jordan 427,717 dan Emiriyah Arab Bersatu 410,849

MALAYSIA pula berada dalam kelompok 300,000 kes didahului Lebanon yang merekodkan 395,604 diikuti Arab Saudi, Panama, Slovakia dan Malaysia 313,460.

Tujuh belas negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu, Belarus, Ecuador, Nepal,  Georgi,  Kazakhstan, Bulgaria, Bolivia,  Croatia, Republik Dominica, Tunisia Azerbaijan, Ireland, Denmark, Costa Rica, Greece, Lithuania dan Kuwait.

MYANMAR satu lagi negara ASEAN berada dalam kelompok 22 negara yang merekodkan lebih 100,000 kes didahului Tebing Barat dan Gaza yang merekodkan 196,812 manakala Myanmar 142,034 dan akhir sekali China 101,113.

Bagi kes kematian pula, Brazil merekodkan 265,411 kes, Mexico  190,357, India 157,756 , United Kingdom 124,736, Itali 99,785, Perancis 88,727, Russia  87,614, Jerman  71,956, Sepanyol 71,138, Iran 60,687, Colombia 60,503, Argentina 52,880 dan Afrika Selatan 50,678.

Related posts

Leave a Comment