Indonesia catat 5,826 kes harian

JAKARTA 7 Mac – Pemerintah Indonesia mengumumkan tambahan 5,826 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,379,662.

Lima provinsi yang merekodkan kes harian tertinggi adalah Jakarta 1,834 kes dan  kumulatifnya 350,425, Jawa Barat 1,366 (222.400 ) , Jawa Tengah 395 ( 157,738), Kalimantan Timur 351 ( 58,039) dan Jawa Timur menambahkan 328 kes dengan kumulatifnya 132,171 kes.

Bagi tempoh yang sama, kadar kematian turut meningkat apabila 112 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan 37.266 orang.

Terdapat lima wilayah mencatatkan angka tertinggi harian iaitu Jakarta 45 kes dan kumulatifnya 5,801, Jawa Timur 18 (9,295), Kalimantan Timur sembilan (1,363), Sumatera Selatan lima (787)  dan Yogyakarta empat kes  (707.. 

Bagaimanapun, kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 5.146 pesakit Covid-19  sembuh dalam sehari menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 1,194,656.

Jakarta menambahkan 1,826 orang dan kumulatifnya  337,371  orang, diikuti Jawa Tengah 575  (107.731), Jawa Barat 538 (182.991), Jawa Timur 430 (120,074) dan Kalimantan Timur 402 ( 50.298).

Kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan bertambah sebanyak 568 kes menjadikan jumlahnya 147,740 orang.

Sementara itu, jumlah penerima vaksin Covid-19 meningkat kepada 2,888,757 apabila 336,492 lagi diberi suntukan hari ini.

Related posts

Leave a Comment