357 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 7 Mac – Arab Saudi merekodkan 357 kes baharu Covid-19 berbanding 382 semalam menjadikan jumlah kumulatif 379,474.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) empat lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 6,528 kematian.

Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan dengan angka yang dicatatkan 370,614 termasuk 314 lagi pesakit dilaporkan sembuh.

Kes aktif pula 2,689 di mana 505 kritikal.

Sementara itu Riyadh mencatatkan kes harian tertinggi dengan 188, Makkah 54, daerah Timur 51 dan Madinah 13.

Related posts

Leave a Comment