338 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 27 Feb. – Arab Saudi merekodkan 338 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 377,061 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, lima lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 6,488 kematian. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 320 kes dilaporkan pulih dan ini menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 368,011. Daerah Riyadh terus merekodkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 179 kes diikuti daerah Timur 70 kes dan Makkah 42 kes. Setakat ini terdapat 2,562 kes aktif di mana 475 kritikal.

Read More

Keutamaan kesihatan rakyat

KUCHING 27 Feb. – Pilihan raya boleh dilakukan bila-bila masa namun nyawa hanya sekali, dan duit boleh dicari namun nyawa rakyat tidak dapat diganti. “Jadi kita bekerja berlandaskan prinsip itu.” kata Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg berhubung keutamaan menjaga kesihatan rakyat. Baginya, Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) bukan fokus utama Kerajaan Negeri  ketika ini, sebaliknya usaha menyelamatkan nyawa rakyat negeri itu daripada Covid-19 adalah lebih penting. Abang Johari berkata negara kini dalam tempoh perintah darurat dan PRN akan hanya diadakan selepas tempoh itu. Beliau berkata demikian semasa sidang…

Read More

Keluar bilik Amanah masuk bilik PKR

IBARAT tukar bilik tetapi masih di rumah yang sama. Begitulah kesimpulan yang boleh dibuat apabila seorang wakil rakyat dari Parti Amanah Negara (Amanah) menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ahli Dewan Undangan Negeri (Aadun) Senggarang, Khairuddin A. Rahim dilaporkan telah memohon untuk menyertai PKR sejak September tahun lalu. Khairuddin mengesahkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan pada Sabtu dan menjelaskan beliau kini menyertai PKR Cabang Batu Pahat. Permohonan beliau telah diterima dengan nombor keanggotaan J1100004520. “Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR dan semua pimpinan serta ahli Keadilan…

Read More

Kluster : 16 tamat, 485 masih aktif

PUTRAJAYA 27 Feb. – Sebanyak 16 kluster tamat dan lapan kluster baharu direkodkan hari ini sementara 485 kluster masih aktif. Ini menjadikan jumlah kluster yang dikesan setakat ini adalah 1,129 dan daripada jumlah itu, 644 kluster tamat. Kluster yang tamat adalah Kluster Symphony Magazine, Kluster Hujung Pasir, Kluster Serkam Tengah, Kluster Rungkup, Kluster Jalan Skudai, Kluster Orion, Kluster Bayu Tampoi, Kluster Permint Harmoni, Kluster Tengah Tiga. Kluster Jalan Ketengah, Kluster Tapak Bina Persiaran Tecoma, Kluster Jalan Trompet, Kluster Jalan Sempadan, Kluster Tapak Bina Era Duta, Kluster Jalan Riang, dan Kluster…

Read More

Kes di Selangor naik semula

SELANGOR masih mendahului jumlah kes harian malahan menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 862 kes berbanding semalam 633 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 704 kes (81.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 314 kes (13.3 peratus) dan Perak sebanyak 305 kes (12.9 peratus). Selangor: 862 kes  248 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 456 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan 158 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Johor: 314 kes   178 kes daripada kluster-kluster, termasuk 86 kes daripada…

Read More

2,364 kes baharu 10 kematian

PUTRAJAYA 27 Feb. – Sebanyak 2,364 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif 298,315 kes dengan kes aktif Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan sebanyak 3,320 kes sembuh dicatatkan dengan jumlah kumulatif kes 270,166. Sebanyak 52 kes (2.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (29 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (13), Kluster Penjara Seberang Perai (4), Kluster Tembok Mempaga (3), Kluster Tembok Bukit Besi (1), Kluster Telok Mas (1),  dan Kluster Tembok Taiping (1). Sepuluh kes kematian dicatatkan melibatkan lapan warganegara dan…

Read More

1.1 juta sembuh 1.3 juta kes baharu

JAKARTA 27 Feb. – Jumlah pesakit Covid-19 yang dilaporkan sembuh di Indonesia meningkat kepada 1,136,054 orang tetapi pada masa yang sama, kes baharu juga bertambah kepada 1,329,074. Dalam tempoh 24 jam (12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini), sebanyak 7,382 orang pesakit dilaporkan sembuh manakala kes positif pula mencatatkan pertambahan sebanyak 6,208 orang. Sementara itu, jumlah pesakit yang meninggal dunia juga bertambah sebanyak 195 orang dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah kumulatif 35,981 kematian. Jumlah kes aktif pula menunjukkan 157,039 kes iaitu penurunan 1,369 kes berbanding jumlah…

Read More

12 lagi kes import di Singapura

SINGAPURA 27 Feb. – Sebanyak 12 kes baharu Covid-19  dilaporkan di Singapura sehingga tengah hari ini (Sabtu) yang membawa jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 59,925.  Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sama seperti semalam, kesemua kes baharu itu merupakan kes import yang sudah dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura. Tiada kes dalam masyarakat atau dari asrama pekerja asing dilaporkan. Dalam kalangan 12 kes import yang dilaporkan hari ini, dua merupakan warga Singapura yang pulang dari Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. Dua kes melibatkan pemegang…

Read More

72 kes baharu di Thailand

BANGKOK 27 Feb. – Thailand merekodkan 72 kes jangkitan baharu Covid-19 yang merangkumi 63 kes tempatan dan sembilan kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 25,881 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, jumlah kematian pula kekal 83 selepas tiada laporan baharu berkaitan pesakit meninggal dunia. Daripada 63 kes tempatan, 50 kes adalah melibatkan pengesanan di hospital manakala bakinya melalui pengesanan aktif dalam masyarakat. Wikayah Samut Sakhon merekodkan 37 kes di mana 34 disahkan di hospital dan tiga dikesan dalam komuniti. Sementara itu Bangkok merekodkan lima kes, Tak empat, Nakhon Pathom…

Read More

Filipina catat 2,651 kes, 42 kematian

MANILA 27 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina terus menunjukkan peningkatan apabila 2,921 lagi kes positif dikesan berbanding 2,651 kes yang dilaporkan semalam. Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan setakat pukul 4 petang, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 574, 247. Setakat petang ini juga sebanyak 42 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 12,289 kematian. Kes sembuh pula meningkat kepada 524,865 atau 91.4 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 293 pesakit yang pulih hari ini. Kes aktif pula meningkat kepada 37,093 berbanding semalam 34,498.

Read More