Kluster : 16 tamat, 485 masih aktif

PUTRAJAYA 27 Feb. – Sebanyak 16 kluster tamat dan lapan kluster baharu direkodkan hari ini sementara 485 kluster masih aktif.

Ini menjadikan jumlah kluster yang dikesan setakat ini adalah 1,129 dan daripada jumlah itu, 644 kluster tamat.

Kluster yang tamat adalah Kluster Symphony Magazine, Kluster Hujung Pasir, Kluster Serkam Tengah, Kluster Rungkup, Kluster Jalan Skudai, Kluster Orion, Kluster Bayu Tampoi, Kluster Permint Harmoni, Kluster Tengah Tiga.

Kluster Jalan Ketengah, Kluster Tapak Bina Persiaran Tecoma, Kluster Jalan Trompet, Kluster Jalan Sempadan, Kluster Tapak Bina Era Duta, Kluster Jalan Riang, dan Kluster Bukit Batu Grisek.

Sebanyak 85 kluster menambah kes baharu dan kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Tasek Avenue (209 kes), Kluster Jalan Sebelas (170 kes), dan Kluster Sinsingon (67 kes).

Sementara itu lapan kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan komuniti.

Berikut kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN TAMPOI BESI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Tampoi 7, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru. Sehingga 27 Februari, sejumlah 136 individu disaring, di mana 40 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PERMAS SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-287215) dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan sebuah kilang  di Jalan Permas 9/16, Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru. Sehingga 27 Februari, sejumlah 32 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN GEMILANG SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Gemilang 1, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram. Sehingga 26 Februari, sejumlah 44 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MEGA TEKNOLOGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Mega 1/7, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Nusajaya. Sehingga 27 Februari, sejumlah 46 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SCIENTEX JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-294687) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Seelong, Senai. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja kilang di Jalan Scientex Jaya 18, Taman Scientex, Senai. Sehingga 27 Februari 2021, sejumlah 119 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TASEK AVENUE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Tasek Avenue, Tasek Industrial Estate, Ipoh. Sehingga 27 Februari, 524 individu disaring, di mana 211 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG PULAU RAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-266367) dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Pulau Raja, Kota Bharu. Sehingga 27 Februari, sejumlah 255 individu disaring, di mana 60 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BULOH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Selangau di Sarawak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285577) dilaporkan positif Covid-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada tempat kediaman kes indeks iaitu di Kampung Sungai Buloh, Selangau, Sibu. Sehingga 27 Februari , sejumlah 68 individu disaring, di mana 28 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment