MOSCOW: Rusia menghantar pasukan penyelamat ke Iran untuk membantu mencari helikopter membawa Presiden Ebrahim Raisi, yang hilang di lereng gunung berkabus.
Menurut kenyataan Kementerian Keadaan Kecemasan, atas permintaan Iran, Rusia akan membantu dalam operasi mencari dan menyelamat itu.
Pasukan itu, yang terdiri daripada 47 pakar dengan peralatan yang diperlukan, kenderaan pelbagai guna, serta sebuah helikopter BO-105 akan menuju ke bandar barat laut Tabriz.
Iran semalam melaporkan kehilangan helikopter membawa Raisi, dalam apa yang disifatkan media kerajaan sebagai ‘kemalangan’.
Kebimbangan semakin meningkat untuk ultrakonservatif berusia 63 tahun itu selepas terputus hubungan dengan pesawat yang membawanya serta Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian dan yang lain di wilayah Azerbaijan Timur.
Dalam pada itu pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei, menggesa rakyat Iran supaya tidak bimbang mengenai kepemimpinan republik Islam itu, dengan mengatakan: “tidak akan ada gangguan dalam pentadbiran negara”.
Selain Russia, bantuan dari luar negara, termasuk Iraq, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, Syria dan Turki, serta dari Kesatuan Eropah (EU) sudah mula mengaktifkan perkhidmatan pemetaan tindak balas pantasnya untuk membantu usaha pencarian.
Nnnn
