1.1 juta sembuh 1.3 juta kes baharu

JAKARTA 27 Feb. – Jumlah pesakit Covid-19 yang dilaporkan sembuh di Indonesia meningkat kepada 1,136,054 orang tetapi pada masa yang sama, kes baharu juga bertambah kepada 1,329,074.

Dalam tempoh 24 jam (12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini), sebanyak 7,382 orang pesakit dilaporkan sembuh manakala kes positif pula mencatatkan pertambahan sebanyak 6,208 orang.

Sementara itu, jumlah pesakit yang meninggal dunia juga bertambah sebanyak 195 orang dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah kumulatif 35,981 kematian.

Jumlah kes aktif pula menunjukkan 157,039 kes iaitu penurunan 1,369 kes berbanding jumlah yang direkodkan semalam sebanyak 158,408.

Mengenai vaksinasi pula, sebanyak 1,616,165 telah mendapat dos pertama manakala 982,370 memperoleh dos kedua.

Related posts

Leave a Comment