Filipina catat 2,651 kes, 42 kematian

MANILA 27 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina terus menunjukkan peningkatan apabila 2,921 lagi kes positif dikesan berbanding 2,651 kes yang dilaporkan semalam.

Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan setakat pukul 4 petang, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 574, 247.

Setakat petang ini juga sebanyak 42 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 12,289 kematian.

Kes sembuh pula meningkat kepada 524,865 atau 91.4 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 293 pesakit yang pulih hari ini.

Kes aktif pula meningkat kepada 37,093 berbanding semalam 34,498.

Related posts

Leave a Comment