SELANGOR masih mendahului jumlah kes harian malahan menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 862 kes berbanding semalam 633 kes.
Daripada jumlah ini, sebanyak 704 kes (81.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Johor sebanyak 314 kes (13.3 peratus) dan Perak sebanyak 305 kes (12.9 peratus).
- Selangor: 862 kes
- 248 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 456 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 158 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Johor: 314 kes
- 178 kes daripada kluster-kluster, termasuk 86 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mega Teknologi, Kluster Scientex Jaya, Kluster Jalan Permas Sembilan, Kluster Jalan Gemilang Satu, dan Kluster Jalan Tampoi Besi;
- 53 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 83 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Perak: 305 kes
- 287 kes daripada kluster-kluster, termasuk 209 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tasek Avenue;
- Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 14 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Sarawak: 255 kes
- 74 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Buloh;
- 57 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 124 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Sabah: 157 kes
- 88 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 22 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
