338 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 27 Feb. – Arab Saudi merekodkan 338 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 377,061 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, lima lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 6,488 kematian.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 320 kes dilaporkan pulih dan ini menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 368,011.

Daerah Riyadh terus merekodkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 179 kes diikuti daerah Timur 70 kes dan Makkah 42 kes.

Setakat ini terdapat 2,562 kes aktif di mana 475 kritikal.

Related posts

Leave a Comment