72 kes baharu di Thailand

BANGKOK 27 Feb. – Thailand merekodkan 72 kes jangkitan baharu Covid-19 yang merangkumi 63 kes tempatan dan sembilan kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 25,881 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, jumlah kematian pula kekal 83 selepas tiada laporan baharu berkaitan pesakit meninggal dunia.

Daripada 63 kes tempatan, 50 kes adalah melibatkan pengesanan di hospital manakala bakinya melalui pengesanan aktif dalam masyarakat.

Wikayah Samut Sakhon merekodkan 37 kes di mana 34 disahkan di hospital dan tiga dikesan dalam komuniti.

Sementara itu Bangkok merekodkan lima kes, Tak empat, Nakhon Pathom dua dan Ayutthaya satu kes..

Sembilan kes import pula melibatkan mereka yang dikuarantin selepas tiba di negara ini dari United Kingdom (3), Iran (1), Nigeria (1), Ghana (1), Arab Saudi  (1), Myanmar (1) dan Armenia (1).

Kes sembuh pula meningkat kepada 25,022 atau 96.7 peratus termasuk 70 kes yang dilaporkan sembuh hari ini. Sebanyak 776 lagi pesakit masih dirawat di hospital.

Related posts

Leave a Comment