Thailand lapor 150 kes baharu

BANGKOK 18 Feb. – Sebanyak 150 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di Thailand di mana lapan daripadanya adalah kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 25,111 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 104 kes dikesan dalam masyarakat manakala 38 melalui rawatan di hospital.

Samut Sakhon merekodkan 88 kes di mana 62 dikesan dalam masyarakat iaitu 60 warga Myanmar dan dua Thai sementara 26 kes hospital melibatkan 19 warga Thai dan tujuh Myanmar manakala di Bangkok, lima kes didiagnos di hospital.

Lapan kes import yang semuanya dikuarantian melibatkan ketibaan dari

Pakistan (1), Bangladesh (1), Uganda (1), Nigeria (1), Afrika Selatan(2) dan Bahrain (2).

CCSA juga melaporkan sebanyak 249 pesakit pulih menjadikan jumlah sembuh meningkat kepada 23,946 (95.3%) sementara 1,083 sedang menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, Thailand akan menghantar sebuah pesawat khas untuk mengangkut kumpulan pertama vaksin buatan China pada 24 Februari ini.

Pengerusi Syarikat Penerbangan Antarabangsa Thailand, Chaiyapruk Didyasarin, berkata 200,000 dos vaksin keluaran SinoVac Biotech (SVA)  akan diangkut dengan pesawat A350-900.

Pesawat tersebut dilengkapi dengan kotak kawalan suhu, manakala pakar khas memastikan keselamatan pengangkutan vaksin terjamin.

Related posts

Leave a Comment