SEREMBAN – Gerakan memecat keahlian Tang Jay Son berkuat kuasa serta-merta selepas bertanding atas tiket Bersatu pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan ke-16 pada 1 Ogos ini. Setiausaha Agung Gerakan, Wong Chia Zhen, dalam kenyataan hari ini berkata tindakan Jay Son adalah pelanggaran disiplin parti yang serius kerana bertentangan dengan prinsip kesetiaan kepada parti. Katanya, setiap ahli bertanggungjawab mematuhi perlembagaan parti, menghormati keputusan organisasi serta menjaga disiplin dan integriti parti pada setiap masa. “Mana-mana ahli yang bertindak bertentangan dengan kepentingan parti akan dikenakan tindakan disiplin yang…
Read MoreDay: July 18, 2026
103 calon rebut 36 kerusi di DUN Negeri Sembilan
SEREMBAN 18;Julai – Sebanyak 103 calon mewakili pelbagai parti dan individu disahkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan, bagi merebut 36 kerusi yang dipertandingkan. Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan 36 calon diikuti BN (25), Bersatu (24), PN (11), Bebas (4) manakala Berjasa, ASLI dan PSM masing-masing satu kerusi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun, berkata DUN Sri Tanjung dan Nilai menyaksikan calon paling ramai bertanding dengan masing-masing lima orang, diikuti masing-masing empat calon di dua lagi DUN. “Secara keseluruhan, bilangan pertandingan mengikut penjuru adalah…
Read MoreSenarai calon PRU DN Negeri Sembilan
Berikut adalah calon bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding N01 CHENNAH: 14,422 pengundi 1. Siow Kong Choon (BN-MCA) 2. Anthony Loke Siew Fook (PH-DAP) 2023: Anthony Loke Siew Fook (PH-DAP) (Majoriti – 2,200) N02 PERTANG: 12,873 pengundi 1. Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-UMNO) 2. Mohd Umry Abdul Khois (PH-PKR) 3. Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus (BERSATU) 2023: Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-UMNO) (Majoriti – 2,790) N03 SUNGAI LUI: 19,684 pengundi 1. Datuk Mohd Razi Mohd Ali (BN-UMNO) 2. Nazrul Hisham Abdul Mansor (BERSATU) 3. Zainal Fikri…
Read MoreEmpat muka baharu EXCO Johor
JOHOR BAHRU 18 Julai – Empat muka baharu dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor bagi penggal baharu pentadbiran negeri di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi. Bercakap pada sidang media di kediaman rasminya di Saujana, di sini tengah hari ini, Onn Hafiz juga memaklumkan enam EXCO dikekalkan portfolio masing-masing. Muka baharu terdiri daripada Md Israk Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup sebagai EXCO Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri, manakala ADUN Panti, Dr Mohd Naqib Ghazali memegang portfolio EXCO Pendidikan…
Read MoreBerita pilihan…
AS had tempoh tinggal pelajar, wartawan
WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuktamadkan peraturan mengehadkan tempoh tinggal pelajar asing dan wartawan antarabangsa di negara itu, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengetatkan dasar imigresen Bagaimanapun peraturan itu dikritik kumpulan media dan institusi pendidikan tinggi kerana dikhuatiri menjejaskan kebebasan media serta daya tarikan universiti AS kepada pelajar antarabangsa. Trump, memuktamadkan peraturan baharu yang mengehadkan tempoh visa pelajar asing kepada maksimum empat tahun, manakala wartawan asing hanya dibenarkan berada di negara itu selama 240 hari bagi setiap kemasukan. Peraturan yang dijangka berkuat kuasa seawal September itu…
Read MoreTerbunuh ketika hadir pengebumian
GAZA – Sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin terbunuh, manakala 20 lagi cedera ketika dalam serangan udara Israel di Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza. Serangan berlaku sewaktu mangsa menghadiri pengebumian seorang penduduk yang terbunuh dalam serangan udara terdahulu Israel di kawasan sama pada awal hari berkenaan. Hamas menyifatkan serangan di Nuseirat sebagai pembunuhan beramai-ramai kejam terhadap orang awam yang sedang berkabung. Kumpulan pejuang itu lantas menggesa pihak pengantara serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak menghentikan serangan Israel di Gaza. Mengenai serangan itu, tentera Israel akui pihaknya menyasarkan sebuah kumpulan pejuang jihad Islam yang…
Read More