327 kes baharu, 5 kematian di Saudi

RIYADH 18 Feb. – Arab Saudi merekodkan 327 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 374,029. Menurut Kementerian Kesihatan, lima lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,450 kematian. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 371 kes pulih yang menyumbang kepada pertambahan jumlah pesakit sembuh sebanyak 365,017. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 165 kes diikuti daerah timur Saudi 51 dan Makkah 48. Kes aktif pula adalah sebanyak 2,562 di mana 493 kritikal.

Read More

9,039 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 18 Feb. – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 9.039 kes baharu yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,252,685 kes. Bagaimanapun jumlah kes sembuh mengatasi kes jangkitan apabila 10,546 pesakit dilaporkan pulih dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah kesembuhan meningkat kepada 1,058,222 kes. Kes aktif pula mencapai 160,49 kes. Pada masa yang sama jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 bertambah 181 orang menjadikan jumlah kematian kini 33,969 orang. Sementara itu, 14,205 orang mendapat suntikan vaksin dos pertama hari ini menjadikan 1,164,144 orang penerima…

Read More

17 kluster baharu, 506 aktif

PUTRAJAYA 18 Feb. – Sebanyak 17 kluster baharu dilaporkan hari ini yang membawa kepada 1,045 kluster setakat ini. Daripada jumlah itu,  539 kluster tamat termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Silimpopon, Kluster Tapak Bina Dutamas, Kluster Gunung Raya, Kluster Taman Juta, Kluster Kampung Tengah, Kluster Alor Durian, Kluster Lintas Seraya, Kluster Jalan Kelapa, Kluster Tampoi Tujuh, dan Kluster J Bandar. Kluster aktif pula 506 kluster di mana 94 kluster menambah kes baharu termasuk Kluster Kebun Baru (188 kes), Kluster Jalan Changkat Jong (158 kes), dan Kluster…

Read More

Selangor kekal mendahului kes

PUTRAJAYA 18 Feb. – Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,013 kes (37.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 795 kes (78.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 426 kes (15.7 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 212 kes (7.8 peratus). Selangor: 1,013 kes  497 kes daripada kluster-kluster; termasuk 85 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Kemuning, Kluster Jalan Jitu, Kluster Jalan Hulu Tinggi, Kluster Mayang, dan Kluster Jalan Industri Kidamai; 298…

Read More

Kes kematian harian tertinggi

PUTRAJAYA 18 Feb. – Malaysia merekodkan kes kematian harian tertinggi akibat Covid-19 apabila 25 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu. Pertambahan kes kematian itu menjadikan angka korban dalam negara kini mencecah angka 1,030 sejak kematian pertama pada 17 Mac tahun lalu. Kes-kes kematian melibatkan 15 kes di Selangor, masing-masing tiga di Sarawak dan Sabah, dua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sebanyak 21 kes kematian melibatkan  warganegara dan empat kes melibatkan bukan warganegara Malaysia turut merekodkan 2,712 lagi…

Read More

Lagi kelonggaran PKP 2.0

PUTRAJAYA 18 Feb. – Setelah mengambil kira rayuan pelbagai pihak, kerajaan menambah kelonggaran untuk penduduk yang sedang menjalani kehidupan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 Kali ini boleh makan di kedai mengikut keluasan meja dengan penjarakan fizikal satu meter serta jumlah penumpang dibenarkan mengikut kapasiti kenderaan. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran itu berkuat kuasa esok, Jumaat 19 Februari. “Bagaimanapun, saya nasihatkan supaya masyarakat membuat kawalan kendiri… kanak-kanak kecil dan warga emas tidak digalakkan untuk dibawa keluar,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di sini hari ini. PKP di Selangor, Kuala…

Read More

11 kes import di Singapura

SINGAPURA 18 Feb. – Sebanyak 11 kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga 12  tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 59,832 kes dan kematian kekal 29. Menurut Kementerian Kesihatan, semua kes import itu telah  dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini. Seorang warga Singapura dan seorang penduduk tetap yang masing-masing pulang dari United Kingdom dan Bangladesh adalah antara 11 kes import tersebut. Tujuh kes lagi pemegang permit kerja yang tiba dari India, Indonesia dan Filipina di mana, lima adalah pembantu rumah asing. Dua kes lagi melibatkan seorang pemegang pas…

Read More

Mesyuarat JK Bebas Darurat

PUTRAJAYA 18 Feb. – Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 telah bermesyuarat buat kali pertama hari ini dengan kehadiran semua 19 ahli jawatankuasa tersebut. Pengerusinya, Tun Arifin Zakaria yang juga bekas Ketua Hakim Negara dalam satu kenyataan berkata, tiga pembentangan telah dimaklumkan kepada mesyuarat. Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan membentangkan berhubung Pengurusan Darurat. Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berhubung Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan manakala Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berhubung Status Penularan Wabak Covid-19. Mesyuarat yang bermula pukul 2.30 petang itu…

Read More

Thailand lapor 150 kes baharu

BANGKOK 18 Feb. – Sebanyak 150 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di Thailand di mana lapan daripadanya adalah kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 25,111 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 104 kes dikesan dalam masyarakat manakala 38 melalui rawatan di hospital. Samut Sakhon merekodkan 88 kes di mana 62 dikesan dalam masyarakat iaitu 60 warga Myanmar dan dua Thai sementara 26 kes hospital melibatkan 19 warga Thai dan tujuh Myanmar manakala di Bangkok, lima kes didiagnos di hospital. Lapan kes import yang semuanya dikuarantian…

Read More

1,744 kes baharu di Filipina

MANILA 18 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 1,744 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 555,163 kes. Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula meningkat kepada 96 orang berbanding 53 orang semalam dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 11,673 kematian. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 412 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada peningkatan kes pulih 512,375 atau 92.3 peratus. Kes aktif pula sebanyak 31,115, menunjukkan peningkatan berbanding 29,814 jes semalam.

Read More