1,744 kes baharu di Filipina

MANILA 18 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 1,744 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 555,163 kes.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula meningkat kepada 96 orang berbanding 53 orang semalam dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 11,673 kematian.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 412 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada peningkatan kes pulih 512,375 atau 92.3 peratus.

Kes aktif pula sebanyak 31,115, menunjukkan peningkatan berbanding 29,814 jes semalam.

Related posts

Leave a Comment