Mesyuarat JK Bebas Darurat

PUTRAJAYA 18 Feb. – Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 telah bermesyuarat buat kali pertama hari ini dengan kehadiran semua 19 ahli jawatankuasa tersebut.

Pengerusinya, Tun Arifin Zakaria yang juga bekas Ketua Hakim Negara dalam satu kenyataan berkata, tiga pembentangan telah dimaklumkan kepada mesyuarat.

Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan membentangkan berhubung Pengurusan Darurat.

Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berhubung Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan manakala Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berhubung Status Penularan Wabak Covid-19.

Mesyuarat yang bermula pukul 2.30 petang itu diadakan secara fizikal di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya serta secara sidang video.

Ariffin turut memaklumkan mesyuarat jawatankuasa itu yang seterusnya adalah dijadual pada 23 Februari depan.

Related posts

Leave a Comment