Catatan kes harian tertinggi

PUTRAJAYA 26 Dis. – Catatan kes harian tertinggi sejak pandemik Covid-19;melanda negara iaitu 2,335 kes berbanding kes trrtinggi sebelum ini iaitu 24 November sebanyak 2,188 kes, 10 Disember 2,234 dan 21 Disember sebanyak 2,018 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan perkembangan ini, jumlah kes positif Covid -19 di Malaysia sebanyak 103,900 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 20,035 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,324 kes.

Sebanyak 308 kes (13.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (156 kes), Kluster Pagar Siput (128 kes), Kluster Tembok (8 kes), Kluster Penjara Sandakan (7 kes), Kluster Pagar Bentong (4 kes),  Kluster Tembok Gajah (2 kes), Kluster GK Tawau (1 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), dan Kluster Kolam Air (1 kes).

Sehingga kini, terdapat 108 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 50 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala

874 kes telah pulih menjadikan 83,414 pesakit telah pulih dan discaj.

Terdapat pertambahan dua kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 451 kes (0.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

 

Related posts

Leave a Comment