483 kluster aktif, 10 baharu

PUTRAJAYA 13 Feb. – Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini, yang melibatkan sembilan kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Ini menjadikan jumlah kluster di negara ini sebanyak 972 di mana 483 aktif dan

489 kluster telah tamat.

Sebelas kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Bukit Bakar, Kluster Jalan Timah, Kluster Seragam Chepa, Kluster Restoran Putra, Kluster Tapak Bina Jalan Desa, Kluster Pekeliling, Kluster Jalan Chu, Kluster Tapak Bina Laut, Kluster Tapak Bina Matahari, Kluster Pagar Bentong, dan Kluster Jalan Sembrong.

Berikut 10 kluster baharu

  • KLUSTER PERSIARAN SYNERGI UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Persiaran Synergi Utama, Kawasan Perindustrian Synergi Utama, Senai. Sehingga 13 Februari, sejumlah 712 individu disaring, di mana 220 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN i-PARK SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif bermula pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan i-Park, Kawasan Perindustrian i-Park, Bandar Indahpura, Kulai. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 643 individu disaring, di mana 80 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN LENGKOK SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Lengkok, Taman Nusajaya Industri 1, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 13 Februari, sejumlah 151 individu disaring, di mana 64 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA LORONG PEEL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak bina yang terletak di Lorong Peel, Taman Maluri, Cheras. Sehingga 13 Februari, sejumlah 497 individu disaring, di mana 187 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALIL UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak bina yang terletak di Lebuhraya Bukit Jalil, Bandar Bukit Jalil. Sehingga 13 Februari, sejumlah 416 individu disaring, di mana 123 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LEBUH KELULI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Petaling, dan Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 29 Januari  2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Selatan, Jalan Keluli, Seksyen 7, Shah Alam. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 664 individu disaring, di mana 132 kes dikesan positif.

  • KLUSTER INDUSTRI SELESA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif  Covid-19 pada 13 Februari  2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Industri Selesa Jaya, Balakong, Seri Kembangan. Sehingga 13 Februari, sejumlah 856 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERSIARAN BUNGA TANJUNG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban dan Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-237684) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Persiaran Bunga Tanjung, Kawasan Perusahaan Senawang Baru, Seremban. Sehingga 13 Februari, sejumlah 252 individu disaring, di mana 55 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BUKIT TENGAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-251593) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perlombongan yang terletak di Kawasan Bukit Tengah, Kerteh, Kemaman. Sehingga 13 Februari, sejumlah 113 individu disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TUN RAZAK

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, Cheras, dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-184668) dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Jalan Tun Razak. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 884 individu disaring, di mana 26 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment