Selangor, Johor, KL mendahului

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,345 kes (38.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,052 kes (78.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 802 kes (23.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  sebanyak 511 kes (14.6 peratus).

  • Selangor: 1,345 kes 
    • 471 kes daripada kluster-kluster; termasuk 38 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Lebuh Keluli dan Kluster Industri Selesa;
    • 581 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu kes import dari luar negara; dan
    • 292 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 802 kes  
    • 411 kes daripada kluster-kluster, termasuk 361 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Synergi Utama, Kluster Jalan i-Park Satu, dan Kluster Jalan Lengkok Satu;
    • 183 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 208 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 511 kes  
    • 335 kes daripada kluster-kluster, termasuk 312 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Lorong Peel, Kluster Tapak Bina Jalil Utama, dan Kluster Jalan Tun Razak;
    • 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 85 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 152 kes
    • 79 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 138 kes 
    • 47 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment