337 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 13 Feb. – Selepas enam hari merekodkan kes jangkitan harian Covid-19 melebihi 350 kes, Arab Saudi hari ini merekodkan penurunan dengan 337 kes menjadikan jumlah keseluruhan 372,410.

Semalam rekod kes jangkitan harian 353 dan teringgi pada 6 Februari lalu iaitu sebanyak 386 sebelum turun kepada 317 pada hari berikutnya tetapi selepas itu meningkat semula melebihi 350 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan,  jumlah pesakit yang meninggal dunia masih rendah iaitu empat kes menjadikan jumlah keseluruhan 6,428 kematian

Sementara itu, kes pesakit sembuh meningkat kepada 363,303 termasuk 356 kes pulih yang baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Riyadh merekodkan 161 kes jangkitan harian diikuti daerah Timur 72 dan Makkah 46 kes.

Kes aktif pula  naik sedikit iaitu 2,679 di mana 456 kes kritikal.

Related posts

Leave a Comment