9 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 13 Feb. – Sembilan kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, semuanya kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini.

Jumlah keseluruhan kini 59,786 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah terendah dalam masa enam minggu itu melibatkan pemegang permit kerja yang tiba dari India, Indonesia dan Myanmar, kesemuanya pembantu rumah asing. Seorang lagi pemegang pas kerja dari Rusia.

Sebanyak 35 kes dibenarkan pulang daripada hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah 59,604 kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19.

Sementara itu 34 kes masih dirawat di hospital, sebilangan besar berada dalam keadaan stabil atau beransur pulih dan seorang dirawat di unit jagaan rapi (ICU).

Sebanyak 119 kes sedang menjalani pengasingan dan dirawat di kemudahan masyarakat.

Secara keseluruhan, jumlah kes baharu dalam masyarakat naik dari satu kes pada minggu sebelumnya kepada lapan kes pada minggu lalu.

Related posts

Leave a Comment