1.2 juta positif, 1 juta sembuh

JAKARTA 13 Feb. – Kes sembuh Covid-19 di Indonesia menjangkau satu juta orang apabila merekodkan 1,004,117 termasuk 11,000 kes pulih yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Bagi tempoh yang sama kes jangkitan baharu turut meningkat kepada 1,201,859 selepas 8,844 lagi kes baharu direkodkan.

Manakala kes kematian pula bertambah sebanyak 275 kes hari ini dengan jumlah kumulatifnya mencapai 32.656 kes atau  2,7 peratus.

Lima wilayah yang mencatatkan kes sembuh harian tertinggi adalah Jakarta yang  mencatatkan 5,636 dengan kumulatif 284,380 disusuli Jawa Barat 1,582, Jawa Timur 1,085, Kalimantan Timur 543 dan Bali 317.

Bagi kes positif Jakarta merekodkan 3.810 kes dengan kumulatifnya 310.039, diikuti Kalimantan Timur 931, Jawa Timur 776, Jawa Barat 683 dan Sulawesi Selatan 676. 

Jawa Timur pula mendahului kes kematian harian tertinggi iaitu 120 dan kumulatifnya 8.467 kes, Jakarta 50, Jawa Tengah 21, Kalimantan Timur 13 dan Lampung sembilan.

Related posts

Leave a Comment