116 tempatan, 10 import di Thailand

BANGKOK 13 Feb. – Sebanyak 126 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang meliputi 116 kes tempatan dan 10 import menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 24,405 manakala kematian kekal 80.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 116 kes tempatan, sebanyak 79 kes melalui pengesanan aktif di lima wilayah iaitu Tak (52), Samut Sakhon (24), Pathum Thani (1), Phetchaburi (1)  dan Samut Songkhram (1).

Baki 37 kes dikesan semasa rawatan di hospital iaitu Bangkok (7), Samut Sakhon (29) dan Phetchaburi (1).

Kes melibatkan warga Thailand dan juga Myanmar.

Sepuluh kes import yang dilaporkan melibatkan mereka yang dikuarantin eejurus tiba di negara itu dari Turki  (2), Jerman(1), Amerika Syarikat (3), Emiriyah Arab Bersatu  (2), Malaysia (1), dan India (1). Mereka adalah lima warga Thai, dua Amerika, dua Australia dan satu India.

Daripada 24,405 kes, sebanyak 21,180 (86.8%) dilaporkan sembuh termasuk  970 yang dibenarkan keluar hospital dalam tempoh 24 jam lalu manakala 3,145 masih menerima rawatan.

Related posts

Leave a Comment