Filipina catat 1,960 kes baharu

MANILA 13 Feb. –  Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 1,960 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 547,255.

Menurut DoH, sehingga pukul 4 petang ini, jumlah pesakit meninggal dunia meningkat kepada 11,507 orang selepas 12 lagi kematian dilaporkan.

Sementara itu, seramai 133 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 500,781 pesakit pulih atau 91.5 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 34,967 atau 6.4 peratus.

Related posts

Leave a Comment