Isu jemaah haji minggu depan

KERAJAAN akan mengumumkan status jemaah haji Malaysia minggu hadapan selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Menteri  di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri.

Dr Zulkifli berkata, satu mesyuarat berkenaan status jemaah haji bersama Tabung Haji sebagai penyelaras jemaah haji di Malaysia telah diadakan baru-baru ini.

Hasil mesyuarat tersebut akan dibentangkan dalam Kabinet kemudian dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Keputusan perbincangan akan diumumkan pada minggu hadapan,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Twitternya.

Related posts

Leave a Comment