Covid-19 : Arab Saudi tutup 32 masjid

ARAB Saudi dilaporkan menutup 32 masjid sejak beberapa hari lalu berikutan terdapat kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan jemaah serta kakitangan masjid. Justeru Kementerian Ehwal Islam mengingatkan para jemaah dan orang ramai supaya sentiasa mematuhi langkah-langkah pencegahan bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang menunjukkan trend peningkatan. Langkah tersebut termasuk memakai pelitup muka, membawa sejadah sendiri dan mengekalkan jarak antara satu sama lain. Penutupan setiap masjid yang dikesan ada kes Covid-19 di Saudi lazimnya dijalankan antara 24 dengan 48 jam, bagi pelaksanaan kerja-kerja pembersihan dan nyah kuman.

Read More

Arab Saudi catat 364 kes harian

RIYADH 11 Feb. – Arab Saudi buat hari keempat berturut-turut merekodkan jumlah kes jangkitan Covid-19 melebihi 350 kes apabila 364 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam. Semalam 369 kes direkodkan dan hari-hari sebelumnya 353 dan 356 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 371,720 kes. Dalam tempoh yang sama, lima lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 6,420 kematian. Kementerian juga mengumumkan jumlah pesakit yang sembuh meningkat kepada 362,642 kes termasuk 274 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini. Sementara itu…

Read More

Tiga kes baharu tempatan dlaporkan

SINGAPURA 11 Feb. – Tiga kes baharu jangkitan Covid-19 dalam masyarakat telah dilaporkan pada Khamis (11 Feb). Kementerian Kesihatan (MOH) berkata dua daripada tiga kes itu tiada hubungan dengan mana-mana kes buat masa ini. Seorang lelaki penduduk tetap (PR) Singapura berusia 66 tahun yang bekerja di sebuah kedai di Chinatown Complex, dan anak lelakinya, seorang warga Singapura berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pelayan di Swensen’s di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, merupakan antara kes baharu yang dilaporkan. Beliau kali terakhir bekerja di cawangan tersebut pada 8 Februari lalu. Seorang…

Read More

Indonesia catat 8,435 kes harian

JAKARTA 11 Feb. – Jumlah jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 8,435 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes di Indonesia meningkat kepada 1,191,990 Sebanyak lima wilayah merekodkan kes tertinggi iaitu Jakarta 2,514 kes, Jawa Barat 1,059, Jawa Timur 1,044, Jawa Tengah 986 dan Kalimantan Timur 643 kes. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 993,117 apabila 10,145 pesakit dilaporkan sembuh. Pada masa yang sama 214 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 32,381 kematian. Sementara itu, setakat ini satu juta tenaga kerja bidang kesihatan Indonesia telah mendapat suntikan…

Read More

Thailand catat 201 kes baharu

BANGKOK 11 Feb  — Thailand mencatatkan 201 kes baharu Covid-19, tanpa kes kematian baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sehingga kini 24,104 dan 80 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 201 kes baharu itu, 185 kes jangkitan tempatan di mana 96 daripadanya mendapatkan rawatan di hospital dan 89 menerusi pengesanan aktif manakala 16 kes import. Sejumlah 885 pesakit yang pulih dilaporkan hari ini menjadikan 19,799 kes Sebanyak 4,225 pesakit sedang menerima rawatan termasuk 1,531 di hospital lapangan. Enam belas kes…

Read More

1,734 kes baharu di Filipina

MANILA 11 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 1,734 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 543,282 dengan kes aktif 31,478. Sehingga pukul 4 petang ini, seramai 68 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 11,469 kematian. Sementara itu, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 500,335 orang atau 92.1 peratus di mana seramai 423 pesakit dilaporkan sembuh hari ini .

Read More

Lagi 13 kluster tempat kerja

PUTRAJAYA 11 Feb. – Terdapat 17 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti dan masing-masing satu kluster pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi. Setakat ini, jumlah kluster yang dilaporkan adalah 948 di mana 471 kluster telah tamat termasuk enam kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kampung Pitas, Kluster Tapak Bina Permai, Kluster Keladi, Kluster Jalan Nakhoda, Kluster Tembok Choh, dan Kluster Langit Selatan. Sebanyak 477 kluster aktif, di mana 85 kluster menambah kes baharu termasuk Kluster Perdana (155…

Read More

Selangor mendahului 1,082 kes

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,082 kes (32.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 898 kes (83.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 777 kes (23.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  sebanyak 435 kes (12.9 peratus). Selangor: 1,082  kes  324 kes daripada kluster-kluster; termasuk 52 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Lembah Subang, Kluster Subang Delima, dan Kluster Jalan Bukit Sentosa; 574 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Tiga (3)…

Read More

3,774 kes baharu 13 kematian

PUTRAJAYA 11 Feb. – Sebanyak 3,384 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini  menjadikan jumlah kumulatif kes baharu kini sebanyak 254,988 kes. Daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan, 3,369 merupakan kes penularan tempatan manakala 15 adalah kes import. Sebanyak 3,774 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah sebanyak 202,269 kes. Kes kematian pula sebanyak 13 yang menjadikan jumlah kematian kini ialah sebanyak 936 kes. Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing tiga kes di Selangor dan Sabah, dua kes di Johor dan  Terengganu serta satu kes di Wilayah…

Read More

Memancing, golf dibenarkan

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Premis perniagaan berkaitan aktiviti memancing seperti kolam pancing, pelantar pancing, rumah rakit dan bot memancing dibenarkan beroperasi semula mulai esok dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan juga setuju membenarkan institut latihan memandu dan pusat latihan penerbangan beroperasi semula, selain gimnasium, dewan badminton dan padang golf. Beliau berkata Kementerian Belia dan Sukan turut mengemukakan permohonan untuk aktiviti sukan lain yang bersifat individu dan tanpa sentuhan bagi tujuan kecergasan diri, penjagaan kesihatan individu, peningkatan kemahiran…

Read More