Indonesia catat 8,435 kes harian

JAKARTA 11 Feb. – Jumlah jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 8,435 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes di Indonesia meningkat kepada 1,191,990

Sebanyak lima wilayah merekodkan kes tertinggi iaitu Jakarta 2,514 kes, Jawa Barat 1,059, Jawa Timur 1,044, Jawa Tengah 986 dan Kalimantan Timur 643 kes.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 993,117 apabila 10,145 pesakit dilaporkan sembuh.

Pada masa yang sama 214 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 32,381 kematian.

Sementara itu, setakat ini satu juta tenaga kerja bidang kesihatan Indonesia telah mendapat suntikan vaksin sejak pelaksanaan vaksinasi Covid-19 pertama dilakukan mulai 13 Januari lalu. Sasaran yang ditetapkan adalah 1.4 juta.

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, selepas selesai vaksinasi barisan hadapan kesihatan itu, program itu akan diperluaskan kepada petugas awam.

Mereka yang termasuk kriteria petugas awam itu adalah yang pekerjaan seharian mereka berurusan dengan orang ramai.

Related posts

Leave a Comment