Tiga kes baharu tempatan dlaporkan

SINGAPURA 11 Feb. – Tiga kes baharu jangkitan Covid-19 dalam masyarakat telah dilaporkan pada Khamis (11 Feb).

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata dua daripada tiga kes itu tiada hubungan dengan mana-mana kes buat masa ini.

Seorang lelaki penduduk tetap (PR) Singapura berusia 66 tahun yang bekerja di sebuah kedai di Chinatown Complex, dan anak lelakinya, seorang warga Singapura berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pelayan di Swensen’s di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, merupakan antara kes baharu yang dilaporkan.

Beliau kali terakhir bekerja di cawangan tersebut pada 8 Februari lalu.

Seorang lagi lelaki warga Singapura berusia 20 tahun yang merupakan anggota perkhidmatan negara (NS) sepenuh masa juga dijangkiti Covid-19, kata MOH.

Beliau bekerja di premis Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di 200 Airport Road dan pekerjaannya tidak melibatkan beliau berinteraksi dengan unit-unit SAF lain.

MOH juga berkata tiada kes di dormitori pekerja asing dilaporkan tetapi merekodkan  sembilan kes baharu yang diimport, kesemua mereka telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Tujuh daripada 12 kes baru hari ini tidak menunjukkan sebarang simptom dan dikesan melalui pemeriksaan dan pengawasan proaktif, sementara yang lima lagi merupakan simptomatik.

Related posts

Leave a Comment