SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,082 kes (32.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 898 kes (83.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Johor sebanyak 777 kes (23.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 435 kes (12.9 peratus).
- Selangor: 1,082 kes
- 324 kes daripada kluster-kluster; termasuk 52 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Lembah Subang, Kluster Subang Delima, dan Kluster Jalan Bukit Sentosa;
- 574 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
- 181 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Johor: 777 kes
- 518 kes daripada kluster-kluster, termasuk 403 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Air Hitam, Kluster Jalan Perindustrian Getah, Kluster Kampung Tanjung Selabu, Kluster Jalan Raja Muar, Kluster Jalan Gemilang Lima, dan Kluster Jalan Bakawali Ramun;
- 170 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 88 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 435 kes
- 234 kes daripada kluster-kluster, termasuk 33 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Berhala, Kluster Jalan Telawi, dan Kluster Bukit Angkasa;
- 80 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Tujuh (7) kes import dari luar negara; dan
- 114 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Kedah: 228 kes
- 174 kes daripada kluster-kluster, termasuk 165 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perdana dan Kluster Dedap;
- 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- 36 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.