Thailand catat 201 kes baharu

BANGKOK 11 Feb  — Thailand mencatatkan 201 kes baharu Covid-19, tanpa kes kematian baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sehingga kini 24,104 dan 80 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 201 kes baharu itu, 185 kes jangkitan tempatan di mana 96 daripadanya mendapatkan rawatan di hospital dan 89 menerusi pengesanan aktif manakala 16 kes import.

Sejumlah 885 pesakit yang pulih dilaporkan hari ini menjadikan 19,799 kes

Sebanyak 4,225 pesakit sedang menerima rawatan termasuk 1,531 di hospital lapangan.

Enam belas kes import yang dikuarantin sebaik sahaja tiba di negara ini adalah dari

Pakistan (1), Sudan (1), Jepun (1), Amerika Syarikat (7), Rusia (1), Turki (1), Sweden (3) dan United Kingdom (1).

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan akan membincangkan langkah-langkah kelegaan di Samut Sakhon, pusat kepada penularan Covid-19 terkini, kerana situasi yang semakin baik.

Pegawai kesihatan akan mengadakan 8,000 ujian antibodi sehari di Samut Sakhon, bermula 15 Februari

Related posts

Leave a Comment