Lagi 13 kluster tempat kerja

PUTRAJAYA 11 Feb. – Terdapat 17 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti dan masing-masing satu kluster pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi.

Setakat ini, jumlah kluster yang dilaporkan adalah 948 di mana 471 kluster telah tamat termasuk enam kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kampung Pitas, Kluster Tapak Bina Permai, Kluster Keladi, Kluster Jalan Nakhoda, Kluster Tembok Choh, dan Kluster Langit Selatan.

Sebanyak 477 kluster aktif, di mana 85 kluster menambah kes baharu termasuk Kluster Perdana (155 kes), Kluster Jalan Air Hitam (108 kes), dan Kluster Tanjung Suria (101 kes).

Berikut 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER TAPAK BINA LEMBAH SUBANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan PJU, Petaling Jaya. Sehingga 11 Februari, sejumlah 404 individu disaring, di mana 28 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SUBANG DELIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Delima, Subang Hi-tech Industrial Park, Shah Alam. Sehingga 11 Februari, sejumlah 452 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BUKIT SENTOSA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-220264) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pegawai dan kontak sekerja di sebuah pusat latihan yang terletak di Jalan Bukit Sentosa, Rawang. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 85 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BERHALA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang menetap di Jalan Berhala, Brickfields, Lembah Pantai. Sehingga 11 Februari, sejumlah 82 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TELAWI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes- kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar Baru, Lembah Pantai. Sehingga 11 Februari, sejumlah 150 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BUKIT ANGKASA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes- kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar pengawal-pengawal keselamatan yang menetap di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, Lembah Pantai. Sehingga 11 Februari, sejumlah 48 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN AIR HITAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 2, Jalan Air Hitam, Kulai. Sehingga 11 Februari, sejumlah 404 individu disaring, di mana 108 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG TANJUNG SELABU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif  Covid-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kampung Tanjung Selabu, Sungai Terap, Muar. Sehingga 11 Februari, 550 individu disaring, di mana 92 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN GETAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif  Covid-19 bermula pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Senai Industrial Estate, Kulai. Sehingga 11 Februari, 193 individu disaring, di mana 102 kes positif.

  1. KLUSTER JALAN RAJA MUAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif  Covid-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Raja, Mukim Sungai Raya, Muar. Sehingga 11 Februari, sejumlah 378 individu disaring, di mana 59 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN GEMILANG LIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Indah Gemilang, Taman Perindustrian Gemilang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 11 Februari, sejumlah 136 individu disaring, di mana 42 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BAKAWALI RAMUN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244544) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Bakawali, Felda Bukit Ramun, Kota Tinggi. Sehingga 11 Februari, sejumlah 54 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

  • KLUSTER TEMBOK BENDERA

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kinta dan Batang Padang di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 244969) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan tahanan. Kluster ini melibatkan sebuah penjara di Kampung Bendera, Batu Gajah, Kinta. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 47 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER NANGA LIJAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Julau di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-231012) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kontak keluarga dan kontak rapat kepada kes indeks yang tinggal di sebuah rumah panjang yang terletak di Nanga Lijan, Julau. Sehingga 11 Februari, sejumlah 116 individu disaring, di mana 23 kes dikesan positif .

  • KLUSTER PERDANA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perdana, Bandar Perdana, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 11 Februari, sejumlah 1,006 individu disaring, di mana 233 kes dikesan positif.

  • KLUSTER DEDAP

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Yan di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-247853) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Kampung Sungai Dedap, Kota Sarang Semut, Yan. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 24 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BUKIT BARU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-248161) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kes ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Bukit Baru, Melaka Tengah. Sehingga 11 Februari , sejumlah 134 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment