Jangkitan di Arab Saudi 353 kes

RIYADH 9 Feb. – Minggu pertama bulan ini, jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus melebihi 300 kes dan terkini sebanyak 353 kes direkodkan hari ini. Hanya pada 1 Februari, kes jangkitan merekodkan 255 kes dan pada hari berikutnya mula mencecah 310 kes sehingga ke hari ini dan tertinggi 386 kes pada 6 Februari. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kes jangkitan kini meningkat kepada 370,987 kes manakala kematian pula 6,410 termasuk empat kes hari ini. Sebanyak 249 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah pesakit yang…

Read More

Anak kapal SIA positif Covid-19

SINGAPURA 9 Feb. – Seorang anak kapal Singapore Airlines (SIA) adalah antara 11 kes import yang dilaporkan di sini hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 59,732. Wanita rakyat Singapura berusia 41 tahun itu berlepas dari Singapura pada 30 Januari dengan menaiki penerbangan ulang alik ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Beliau pulang pada 1 Februari tanpa turun daripada pesawat itu. Menurut Kementerian Kesihatan, hasil awal ujian mendapati wanita  itu positif bagi jenis virus B117 dan sedang menunggu ujian pengesahan lanjut. Pada 4 Februari, beliau mengalami “anosmia” , merujuk kepada kehilangan deria…

Read More

Kes sembuh atasi kes jangkitan

JAKARTA 9 Feb. – Jumlah kes sembuh yang direkodkan Indonesia hari ini melebihi kes jangkitan baharu Covid-19 untuk rempoh 24 jam. Kes jangkitan yang direkodkan adalah 8,700 menjadikan jumlah kumulatif 1,174,779 berbanding kes sembuh 10,424 dengan kumulatif 973,452. Jumlah kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan pula menurun sebanyak 1,973 kes menjadikannya 169,351 atau 14.4 peratus. Hasil pemeriksaan makmal pula jumlah kes negatif kini mencapai 5,337,347 termasuk 29,828 kes yang dilaporkan hari ini. Bagi kes pesakit yang meninggal dunia pula, sebanyak 213 kes dilaporkan dan kumulatifnya mencapai 31.976 kes…

Read More

1,235 kes baharu di Filipina

MANILA 9 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini  mencatatkan 1,235 kes tambahan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 540,227. Sehingga pukul 4 petang ini juga, sebanyak 65 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan inj menjadikan jumlah kumulatif 11,296 kematian. Pada masa yang sama, jumlah pesakit yang sembuh meningkat kepada 499,764 orang atau 92.5 peratus termasuk 53 pesakit yang pulih hari ini. Jumlah kes aktif pula 29,167 atau 5.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

Thailand catat 189 kes baharu

BANGKOK 9 Feb. – Thailand hari ini merekodkan 189 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 23,746 kes sementara jumlah kematian kekal 79 demikian menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA). Daripada 189 kes baharu itu, 123 kes adalah mereka yang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 74 warga Myanmar dan 32 warga Thailand, dua Kemboja dan seorang warganegara yang belum dikenal pasti, 56 melalui pengesanan kes aktif dan 10 kes import. Bilangan kes baharu  menurun dengan ketara di Samut Sakhon daripada 777 kes pada 3 Februari kepada 159 kes hari ini.…

Read More

Kelonggaran industri kreatif, sukan

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Kerajaan bersetuju membenarkan sektor industri kreatif kembali beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, bermula esok, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakub. Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira rayuan yang dibuat oleh pemain industri kreatif. Beliau berkata, senarai yang dibenarkan beroperasi adalah produksi animasi dan muzik, pasca-produksi di studio, pembangunan muzik secara digital dan rakaman lagu di studio. “Turut dibenarkan adalah pra-produksi penggambaran serta penggambaran di studio merangkumi drama, telemovie, iklan, dokumentari, sitkom, siaran langsung, rakaman kebudayaan, seni dan warisan…

Read More

12 kluster baharu

PUTRAJAYA 9 Feb. – Sebanyak 12 kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan 11 kluster tempat kerja dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi. 1. KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN PUTERI Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Persiaran Puteri, Taman Puchong, Petaling. Sehingga 9 Februari, sejumlah 320 individu disaring, di mana 28 kes dikesan positif. 2. KLUSTER KEJURUTERAAN SUBANG BARU Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di…

Read More

Kekal 4 angka tetapi bermula No. 2

PUTRAJAYA 9 Feb. – Masih empat angka tetapi bukannya bermula dengan No 3 atau 4 tetapi 2 iaitu 2,764 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 248,316 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak enam kes import dilaporkan yang menerima jangkitan daripada luar negara manakala selebihnya merupakan kes tempatan. “Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 50,841 kes,” katanya dalam sidang media petang ini. Beliau juga me maklumkan mengenai 13 kes kematian baharu , menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 909…

Read More

Boleh makan di kedai mulai 10 Februari

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Kerajaan bersetuju untuk membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi secara dine in atau makan di kedai dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob. Beliau menjelaskan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan kebenaran itu diberikan bermula esok, 10 Februari dengan jumlah dua orang semeja. Selain itu, penjarakan satu meter juga dikenakan kepada pengunjung yang makan di kedai atau restoran. Pemilik restoran juga perlu menyediakan seorang pekerja yang akan memantau pergerakan keluar masuk pelanggan dengan memastikan rekod kemasukan, penjarakan…

Read More