Kekal 4 angka tetapi bermula No. 2

PUTRAJAYA 9 Feb. – Masih empat angka tetapi bukannya bermula dengan No 3 atau 4 tetapi 2 iaitu 2,764 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 248,316 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak enam kes import dilaporkan yang menerima jangkitan daripada luar negara manakala selebihnya merupakan kes tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 50,841 kes,” katanya dalam sidang media petang ini.

Beliau juga me maklumkan mengenai 13 kes kematian baharu , menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 909 kes.

Setakat ini, sebanyak 289 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 127 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, jumlah kes sembuh terus mencatatkan peningkatan sebanyak 3,887 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 196,566 kes.

 

Related posts

Leave a Comment