Jangkitan di Arab Saudi 353 kes

RIYADH 9 Feb. – Minggu pertama bulan ini, jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus melebihi 300 kes dan terkini sebanyak 353 kes direkodkan hari ini.

Hanya pada 1 Februari, kes jangkitan merekodkan 255 kes dan pada hari berikutnya mula mencecah 310 kes sehingga ke hari ini dan tertinggi 386 kes pada 6 Februari.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kes jangkitan kini meningkat kepada 370,987 kes manakala kematian pula 6,410 termasuk empat kes hari ini.

Sebanyak 249 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah pesakit yang pulih sebanyak 362,062 sementara kes aktif 2,525 di mana 427 kritikal.

Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 168 diikuti wilayah Timur 66 dan Makkah 38 manakala wilayah AlBahah  23 kes..

Related posts

Leave a Comment