Kes sembuh atasi kes jangkitan

JAKARTA 9 Feb. – Jumlah kes sembuh yang direkodkan Indonesia hari ini melebihi kes jangkitan baharu Covid-19 untuk rempoh 24 jam.

Kes jangkitan yang direkodkan adalah 8,700 menjadikan jumlah kumulatif 1,174,779 berbanding kes sembuh 10,424 dengan kumulatif 973,452.

Jumlah kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan pula menurun sebanyak 1,973 kes menjadikannya 169,351 atau 14.4 peratus.

Hasil pemeriksaan makmal pula jumlah kes negatif kini mencapai 5,337,347 termasuk 29,828 kes yang dilaporkan hari ini.

Bagi kes pesakit yang meninggal dunia pula, sebanyak 213 kes dilaporkan dan kumulatifnya mencapai 31.976 kes atau peratusannya 2.7 peratus dari jumlah kes  positif.

Jakarta merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 50 kes, disusuli Jawa Tengah 48,  Jawa Timur 43, Jawa Barat 17 dan Kalimantan Timur sembilan kes.

Kes sembuh juga menyaksikan Jakarta mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 2,786 orang, Jawa Barat 2,216, Banten 988,  Jawa Timur 700 dan Jawa Tengah 665 orang.

Jakarta turut mencatatkan kes jangkitan tertinggi dengan 3,437 kes, Jawa Tengah 948, Jawa Barat 775, Kalimantan Timur 550, Bali 453 dan Jawa Timur 440.

Sementara itu, penerima vaksin di Indonesia hari ini terus bertambah sebanyak 30.822 orang menjadi  844.407 orang manakala penerima vaksin tahap ke 2 pada bertambah 50.183 menjadi 221.453 orang.

Related posts

Leave a Comment