12 kluster baharu

PUTRAJAYA 9 Feb. – Sebanyak 12 kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan 11 kluster tempat kerja dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

1. KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN PUTERI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Persiaran Puteri, Taman Puchong, Petaling. Sehingga 9 Februari, sejumlah 320 individu disaring, di mana 28 kes dikesan positif.

2. KLUSTER KEJURUTERAAN SUBANG BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Kampung Subang Baru, Shah Alam, Petaling. Sehingga 9 Februari, sejumlah 196 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif

3. KLUSTER INDUSTRI MAHKOTA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat di Kawasan Perindustrian Mahkota, Pekan Sungai Manggis, Kuala Langat. Sehingga 9 Februari, sejumlah 1,536 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

4. KLUSTER SENAI CITY LAPAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan I-Park Sac 8, Taman Perindustrian I-Park SAC, Senai, Kulai. Sehingga 9 Februari, 318 individu disaring, di mana 114 kes dikesan positif.

5. KLUSTER BESI CYBER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Cyber 5, Kawasan Perindustrian Senai, Kulai. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 136 individu disaring, di mana 28 kes dikesan positif.

6. KLUSTER JALAN PARIT MESJID

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Parit Mesjid, Bukit Pasir, Muar. Sehingga 9 Februari , sejumlah 87 individu disaring, di mana 23 kes dikesan positif.

7. KLUSTER JALAN CYBER 14

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Keskes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Cyber 14, Kawasan Perindustrian Senai IV. Sehingga 9 Februari, sejumlah 189 individu disaring, di mana 19 kes dikesan positif.

8. KLUSTER TAPAK BINA JALAN PANTAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, Lembah Pantai. Sehingga 9 Februari , sejumlah 35 individu disaring, di mana 23 kes dikesan positif.

9. KLUSTER JALAN BUDIMAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-246618) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Jalan Budiman, Bandar Tun Razak, Cheras. Sehingga 9 Februari, sejumlah 11 individu disaring, di mana tujuh kes dikesan positif.

10. KLUSTER DIALISIS MASJID TANAH

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Alor Gajah, Melaka Tengah, dan Jasin di Melaka serta daerah Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244703) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat dialisis di Masjid Tanah, Alor Gajah. Sehingga 9 Februari, sejumlah 100 individu disaring, di mana 22 kes dikesan positif.

11. KLUSTER HULU JEROCCO

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah ladang di Jalan Jerocco, Kinabatangan. Sehingga 9 Februari, sejumlah 29 individu disaring, di mana kesemua kes dikesan positif.

12. KLUSTER LENGKOK EMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 23 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Lengkok Emas 1, Kawasan Perindustrian Nilai, Seremban. Sehingga 9 Februari, sejumlah 130 individu disaring, di mana 55 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment