Arab Saudi lapor 317 kes

RIYADH 7 Feb. – Arab Saudi masih merekodkan kes harian melebihi 300 apabila angka hari ini menunjukkan 317, kurang daripada 386 kes yang dilaporkan semalam. Kes kematian pula masih rendah walaupun lima kematian dilaporkanhari ini berbanding empat yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes adalah 370,278 manakala kematian pula 6,402 orang. Pada masa yang sama, 278 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa jumlah pesakit pulih meningkat kepada 361,515 orang. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 153 kes diikuti wilayah Timur 71 dan Makkah 35…

Read More

Masih ramai rentas daerah

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Tidak memakai pelitup muka dan rentas daerah atau negeri merekodkan kesalahan tinggi ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Menurut kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, seramai 789 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar SOP di mana 191  tidak memakai pelitup muka dan 160 rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran. Kesalahan lain adalah tiada penjarakan fizikal (110), gagal menyediakan peralatan atau merekod diri serta pelanggan (128), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (41), keluar rumah tanpa alasan munasabah (23) dan…

Read More

PKPD dua penjara dilanjut

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di dua penjara, Penjara Bentong dan Penjara Taiping serta kuarters kakitangan masing-masing, akan dilanjutkan sehingga 22 Februari. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, ini adalah susulan kes positif yang masih meningkat di dua lokasi terbabit. Di Penjara Bentong, sebanyak 767 kes positif Covid-19 direkodkan dengan 13 kes positif terakhir dilaporkan pada 5 Februari 2021. “Manakala di Penjara Taiping, sebanyak 112 kes positif Covid-19 direkodkan manakala 40 baki sampel saringan sedang menunggu keputusan serta terdapat tahanan yang masih bergejala. Setelah…

Read More

Makan Besar tidak lebih 15 orang

PUTRAJAYA 7 Feb. – Selepas didakwa ada ‘kesilapan’ berhubung prosedur operasi standard (SOP) Tahun Baharu Cina, kerajaan hari ini ‘memperbaiki’ beberapa perkara berkaitan. Bagi acara Makan Besar Keluarga, kerajaan bersetuju membenarkan ahli keluarga terdekat dari kediaman lain menyertai acara itu sempena Tahun Baharu Cina pada 11 Februari dengan syarat bilangan mereka tidak melebihi 15 orang. Kebenaran itu bagaimanapun hanya membabitkan mereka yang tinggal dalam lingkungan radius 10 kilometer, tanpa rentas daerah dan negeri. Dalam satu kenyataan, Kementerian Perpaduan Negara, berkata Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipengerusikan oleh Menteri Kanan…

Read More

Kluster keagamaan, komuniti

PUTRAJAYA 7 Feb. – Sebanyak 895 kluster direkodkan termasuk tujuh kluster baharu  hari ini yang melibatkan tiga kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, satu kluster keagamaan, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi. Daripada jumlah itu, 454 kluster tamat termasuk tujuh kluster hari ini iaitu Kluster Pintu Geng, Kluster Ehsan Ibol, Kluster Persiaran Heights, Kluster Langkasuka, Kluster Wawasan, Kluster Jalan BBN, dan Kluster Texmile. Jumlah kluster aktif pula 441 manakala jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah 81 kluster. Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada…

Read More

Masih tinggi kes di Selangor

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,606 kes (43.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,025 kes (63.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 499 kes (13.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 372 kes (10.0 peratus). Selangor: 1,606 kes  420 kes daripada kluster-kluster; termasuk 103 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Lembah Selatan, Kluster Jalan Bagan,  dan Kluster Ampang Campuran; 605 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan 581 kes…

Read More

3,369 kes baharu, 15 kematian

PUTRAJAYA 7 Feb. – Malaysia merekodkan 3,731 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadikan jumlah kumulatif 242,452 dengan 51,241 kes aktif. Daripada jumlah itu, 292 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 140 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. Jumlah mereka yang sembuh pula kini adalah 190,339 kes dengan pertambahan kes sembuh baharu 3,369 kes. Sebanyak 43 kes (1.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (18 kes), Kluster Tembok Taiping (9…

Read More

237 kes baharu di Thailand

BANGKOK 7 Feb. – Thailand merekodkan 237 kes baharu Covid-19 dengan  sifar kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 23,371 manakala jumlah kematian kekal 79. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 112 kes dikesan melalui pengesanan kes aktif, 113 yang menerima rawatan di hospital dan 12 adalah kes import. Sebanyak 107 kes pengesanan aktif direkodkan di Samut Sakhon di samping tiga kes di Bangkok dan dua di Tak. Bagi kes berkaitan rawatan di hospital dan klinik, Samut Sakhon merekodkan 95 kes, 14 di Bangkok, tiga di Tak dan…

Read More

Sembuh dan kes baharu seimbang

JAKARTA 7 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan dengan pertambahan 10,827 kes dalam tempoh 24 jam bermula pukul 12 tengah hari semalam. Ini menjadikan jumlah kumulatif setakat ini meningkat kepada 1,157,837 kes sejak kes dikesan pada 2 Mac 2020. Bagi tempoh yang sama, jumlah pesakit sembuh yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 10,806 orang dan ini menjadikan jumlah yang pulih mencapai 949,990. Jumlah pesakit yang meninggal dunia juga menunjukkan peningkatan apabila 163 kematian direkodkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 31,556 orang. Kes aktif…

Read More

Singapura catat 24 kes baharu

SINGAPURA 7 Feb. – Satu kes jangkitan tempatan adalah antara 24 kes baharu Covid-19 yang direkodkan di republik ini hari ini. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH), 23 kes import dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan yang direkodkan Singapura setakat ini adalah 59,699. Jumlah kematian kekal 29.

Read More