Singapura catat 24 kes baharu

SINGAPURA 7 Feb. – Satu kes jangkitan tempatan adalah antara 24 kes baharu Covid-19 yang direkodkan di republik ini hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH), 23 kes import dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan yang direkodkan Singapura setakat ini adalah 59,699. Jumlah kematian kekal 29.

Related posts

Leave a Comment