412,026 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 18 April – Sebanyak 412,026 kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun atau 11.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, semalam sebanyak 43,380 kanak-kanak tampil mendapatkan dos kedua itu manakala 10,135 mendapatkan dos pertama menjadikan 1,412,867 atau 39.8 peratus kanak-kanak menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,873,414 individu atau 92.4 peratus telah menerima vaksinasi lengkap manakala 2,974,984 individu atau 95.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi populasi dewasa pula, 3,557 lagi tampil mendapatkan dos penggalak yang menjadikan 15,974,034 individu atau 67.9 peratus telah menerima dos berkenaan.

Di samping itu, sebanyak 22,960,906 atau 97.6 peratus populasi dewasa telah lengkap menerima dua dos vaksin dan 23,238,026 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sebanyak 60,184 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam termasuk 11,268 dos pertama dan 45,359 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,633,398.

Related posts

Leave a Comment