Arab Saudi lapor 317 kes

RIYADH 7 Feb. – Arab Saudi masih merekodkan kes harian melebihi 300 apabila angka hari ini menunjukkan 317, kurang daripada 386 kes yang dilaporkan semalam.

Kes kematian pula masih rendah walaupun lima kematian dilaporkanhari ini berbanding empat yang direkodkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes adalah 370,278 manakala kematian pula 6,402 orang.

Pada masa yang sama, 278 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa jumlah pesakit pulih meningkat kepada 361,515 orang.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 153 kes diikuti wilayah Timur 71 dan Makkah 35 kes.

Kes aktif pula sebanyak 2,361 di mana 408 orang kritikal.

Related posts

Leave a Comment